Hanya 2,128 penonton boleh masuk stadium

Seramai 2,128 penonton sahaja dibenarkan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Darul Makmur, pada malam Selasa/
Seramai 2,128 penonton sahaja dibenarkan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Darul Makmur, pada malam Selasa/
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seramai 2,128 penonton sahaja dibenarkan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Darul Makmur, pada malam Selasa.

Pengurus Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, jumlah itu diputuskan menerusi perbincangan bersama Bahagian Keselamatan Stadium dan pihak polis.

"Setakat ini, hanya 2,128 penonton mengikut zon tertentu dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium pada esok (Selasa).

"Tetapi kita jangkakan jumlah penonton bertambah dari masa ke masa bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berharap orang ramai yang hadir ke Stadium Darul Makmur dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Mohammed Suffian berkata, penonton digalakkan untuk datang awal bagi mengelak kesesakan di pintu masuk stadium itu kerana pemeriksaan akan dilakukan di pintu masuk dan semua penonton perlu mematuhi SOP ditetapkan.

"Kanak-kanak 12 tahun ke bawah, warga emas, OKU serta mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium. Penonton juga diwajibkan membawa kad pengenalan ketika memasuki stadium," katanya.

Dalam pada itu, Mohammed Suffian berkata, tiket perlawanan antara Sri Pahang FC menentang Terengganu FC sudah mula dijual secara dalam talian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pembelian tiket hanya untuk penyokong tuan rumah.