Sila log masuk terlebih dahulu.

Jika anda terlepas minggu ini

04 April 2021 | #ICYMI
A
A
A

Ini antara berita yang mungkin anda terlepas minggu ini.

1. Keputusan rakyat Malaysia terima dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan rentas negeri atau boleh ke luar negara akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Malaysia bakal terima 3.5 juta dos vaksin Covid-19 dari China secara berperingkat, bermula bulan ini.

3. Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) edarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali Nur Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan sejak bulan lepas.

4. Sebanyak 11 kapal penunda dan dua kapal penunda canggih digunakan untuk alihkan kapal MV Ever Given, Terusan Suez kembali dibuka.

Muzik: www.bensound.com