LKM komersialkan produk baharu berasaskan koko

Dr Aliakbar (tengah) sedang melihat produk R&D yang dihasilkan oleh Pusat Inovasi dan Teknologi Koko di Nilai pada Jumaat.
Dr Aliakbar (tengah) sedang melihat produk R&D yang dihasilkan oleh Pusat Inovasi dan Teknologi Koko di Nilai pada Jumaat.
A
A
A

NILAI - Lembaga Koko Malaysia (LKM) terbuka untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak bagi membantu mengkormesialkan produk hasil penyelidikan pegawai mereka di makmal Pusat Inovasi dan Teknologi Koko yang berjaya menghasilkan banyak produk baharu.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Dr Aliakbar Gulasan berkata, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan oleh pihaknya, berjaya menghasilkan 62 produk berasaskan koko.

Katanya, selain coklat, pusat penyelidikan LKM berjaya menghasilkan produk berasaskan kesihatan, kecantikan, penjagaan diri dan juga produk separuh siap.

"Pegawai kita telah menjalankan R&D dan menghasilkan banyak produk baru, terbaik berasaskan koko.

"Kita mahu kongsi kejayaan ini dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak industri atau mana-mana pihak yang berminat untuk mempromosikan produk kita, sekali gus mengkormesialkannya.

"Makmal kita mendapat pengiktirafan ISO dan ini merupakan pengiktirafan dunia," katanya pada Majlis Apresiasi Lembaga Koko Malaysia 2021 di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko (PITK), Nilai pada Jumaat.

Hadir sama Pengurus Pusat (PITK), Dr Fisal Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah ( Penyelidikan dan Pembangunan), Dr Ahmad Kamil Mohd Jaafar.

Dalam pada itu, Aliakbar memberitahu, dalam industri koko negara, terdapat ketidakseimbangan antara sektor huluan dan hiliran.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagi produk hiliran pihaknya mengeluarkan sebanyak 85 peratus berbanding sektor huluan hanya 15 peratus.

"Melihat kepada keadaan sekarang, kita cuba seimbangkan keadaan itu yang mana sektor huluan akan ditambah dan sektor hiliran terus dimajukan. Kita ingin membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk bekerjasama dalam memasarkan produk serta menyediakan khidmat nasihat tanpa sebarang bentuk caj perniagaan.

"LKM hanya membuat penyelidikan dan hasilnya kita berikan semula kepada masyarakat, seperti usahawan atau mana-mana komuniti yang berminat untuk pasarkan hasil produk kita," kata beliau lagi.

Menurutnya, produk koko Malaysia bukan hanya dipasarkan dalam negara tetapi kini menembusi pasaran antarabangsa seperti Maghribi.