Jangan pandang rendah keupayaan Sri Pahang FC

Aidil Sharin berkata 80 peratus pemain Hijau Kuning bersedia diturunkan pada perlawanan Jumaat ini.
Aidil Sharin berkata 80 peratus pemain Hijau Kuning bersedia diturunkan pada perlawanan Jumaat ini.
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak mahu memandang rendah keupayaan Sri Pahang FC apabila menerima kunjungan kelab tersebut pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, walaupun kelab tersebut berada di kelompok bawahan carta, namun prestasi semasa dan tempoh 90 minit akan menentukan segala-galanya.

Menurutnya, beliau berharap pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dan mengambil mudah kekuatan pasukan lawan.

"Jika pasukan bermain dengan baik, baharu kita boleh dapat keputusan yang baik jadi semuanya kena tunggu selepas habis perlawanan nanti.

"Untuk melihat kedudukan Kedah dalam carta liga masih terlalu awal. Kedudukan carta itu hanya akan kekal selepas perlawanan terakhir pasukan.

"Sekarang kami akan bermain dengan memfokuskan satu perlawanan dalam satu masa," katanya ketika ditemui pada sesi latihan KDA FC di Padang Stadium Suka Menanti pada Rabu.

Mengulas lanjut, Aidil Sharin berkata, kira-kira 80 peratus pemain-pemain bersedia untuk diturunkan dan hanya yang terbaik hanya disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sri Pahang FC.

"Hanya seorang dua sahaja yang masih cedera setakat ini namun apa yang lebih penting adalah kita sentiasa ada pemain yang sentiasa bersedia untuk diturunkan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pemain tengah pasukan, Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin berkata, beliau terus bersemangat untuk diturunkan selepas beberapa kali menyumbang mata untuk Hijau Kuning bagi musim 2021.

Menurutnya, menjadi impian setiap pemain untuk diturunkan pada setiap perlawanan dan dia berharap akan dapat diturunkan menentang Sri Pahang FC.

"Saya semakin selesa bergandingan dengan pemain-pemain import lain dalam KDA FC. Pemain senior juga banyak memberi tunjuk ajar dalam membaiki kesilapan yang saya lakukan sebelum ini," katanya.