Pemandu maut, lori masuk gaung

Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis. Gambar kecil: Tong Jenn Choy
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis. Gambar kecil: Tong Jenn Choy
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter di Kilometer 62, Jalan Gerik-Lenggong berdekatan Kampung Kuala Kenering, di sini pada Khamis.

Mangsa Tong Jenn Choy, 40, yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 7.58 pagi memaklumkan sebuah lori terbabas ke dalam gaung.

"Tiba di lokasi, terdapat sebuah lori lima tan tanpa muatan telah terjatuh ke dalam gaung itu dan ada seorang mangsa iaitu pemandu tersepit di tempat duduk.

"Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan menggunakan peralatan khas iaitu 'telescopic ram dan hydraulic spreader'," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kira-kira empat jam sebelum anggota penyelamat tiba.

"Mayat mangsa dibawa naik ke tebing oleh anggota dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: