Fitnah guna bomoh: Misha ambil tindakan

Misha
Misha
A
A
A

PENYANYI Misha Omar telah membuat satu laporan polis terhadap netizen yang telah memfitnah dirinya menggunakan khidmat bomoh untuk memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah binti Omar terkejut dengan fitnah tersebut. Oleh yang demikian, selain laporan polis, Misha juga turut mendapatkan khidmat peguam.

No Image Caption

"Selama 17 tahun penglibatan saya dalam bidang ini, karier yang saya bina, saya rasa bertanggungjawab untuk diri sendiri dan demi menjaga reputasi saya dari kata-kata yang tidak benar, semalam ( Khamis ) saya telah memberikan keterangan kepada pihak polis dan mereka akan menjalankan siasatan lanjut untuk kes ini," katanya ketika sidang media yang diadakan di ibu negara, di sini pada Jumaat, seperti dipetik di Awani.

Peguam Abi Mursyidin, berkata kes ini sudah dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan lanjut dijalankan.

“Pelaku diminta untuk meminta maaf kepada Misha dalam masa tujuh hari. Sekiranya ingkar, anak guam berkemungkinan akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau juga sempat menasihati pengguna media sosial untuk berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan bertanggungjawab dengan berita yang diviralkan.

Misha, memenangi trofi Vokal Terbaik melalui lagu Sampai Bila di AJL lalu.

Artikel Berkaitan: