X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu, Pas terus kerjasama, tolak penjajaran baharu

Bersatu dan Pas menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya. (Hamzah Zainudin, Takiyuddin Hassan)
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas menegaskan akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu, kedua-dua parti menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

“Bersatu dan Pas selaku antara parti pengasas utama PN akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khusus bagi menghadapi PRU15 termasuk rundingan pengagihan kerusi.

“Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam kalangan semua parti komponen,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri T.

Pada 28 Mac lalu, UMNO dilaporkan menolak sebarang kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Bersatu pada PRU15.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, setakat ini tidak ada perbincangan berkaitan dengan mana-mana parti berkenaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Mengulas lanjut, Bersatu dan Pas sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk serta bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut.

“Sekali gus menolak sebarang usaha merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!