Warga emas ditemukan mati dalam perigi

Seorang warga emas ditemukan mati dalam perigi di belakang dapur rumahnya di Kampung Bekelam, Bachok. Gambar kecil: Gan Lang Eng
Seorang warga emas ditemukan mati dalam perigi di belakang dapur rumahnya di Kampung Bekelam, Bachok. Gambar kecil: Gan Lang Eng
A
A
A

BACHOK - Seorang warga emas ditemukan mati dalam perigi di belakang dapur rumahnya di Kampung Bekelam di sini pada Rabu.

Wanita yang dikenali sebagai Gan Lang Eng, 68, ditemui oleh anaknya di dalam perigi itu pada jam 7 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, sebelum kejadian warga emas berkenaan dikatakan tidak berada di dalam bilik tidur selepas diperiksa oleh anaknya.

"Anaknya telah mencari mangsa namun gagal sehinggalah dia menyedari mayat ibunya berada dalam keadaan terapung di dalam perigi

"Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai masalah kesihatan dan sering berhalusinasi," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok menggunakan sistem takal tali untuk membawa keluar mangsa dari dalam perigi. -Foto ihsan bomba
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok menggunakan sistem takal tali untuk membawa keluar mangsa dari dalam perigi. -Foto ihsan bomba

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.06 pagi.

"Setiba di tempat kejadian, kami dapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

"Dengan menggunakan sistem takal tali, kami berjaya membawa keluar mangsa dari dalam perigi," katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.