X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Gangguan bekalan air: Kerja pengalihan, penyambungan paip sudah dimulakan

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada pagi Selasa.
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada pagi Selasa.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elena Basri berkata, kerja-kerja itu sudah dimulakan pada jam 9 pagi mengikut jadual seperti yang diumumkan pada 24 Mac lalu.

Menurutnya, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini dijangka siap pada jam 9 malam Selasa.

"Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau berkata, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam.

"Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi Rabu.

Justeru katanya, Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 15 lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal yang terdiri daripada hospital dan pusat dialisis serta untuk upacara pengebumian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!