Sajat... Malaysia merindui mu!

Sajat
Sajat
A
A
A

SELEPAS 36 hari, ramai orang tertanya-tanya tentang kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.

Susah benar nampaknya pihak berkuasa untuk mengesan usahawan itu selepas waran tangkap dikeluarkan apabila gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari lalu.

Mustahil untuk dia melarikan diri keluar negara ataupun ke luar negeri kerana sekarang kita sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hendak merentas sempadan perlu kebenaran polis.

Kemudian kecoh dalam laporan media yang mengatakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah kerah seramai 122 anggota penguatkuasanya untuk menangkap Nur Sajat.

Bagaimanapun, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan sebenarnya hanya empat orang sahaja diperlukan untuk melakukan operasi tersebut.

Tetapi sampai hari ini bayangan Nur Sajat masih belum kelihatan.

Tiba-tiba semalam, Nur Sajat muncul dalam media sosial dan menafikan dia bersembunyi daripada JAIS.

Artikel Berkaitan:

Berani betul, Nur Sajat ini mempermain-mainkan pihak berkuasa dengan sedemikian rupa.

Adakah dia tidak tahu perbuatan melarikan diri daripada tindakan undang-undang ini memang serius dan boleh dikenakan hukuman yang lebih berat?

Merak Jalanan memang berharap benar Nur Sajat ini mempunyai keberanian untuk menyerahkan diri, tetapi dalam masa yang sama, pihak berkuasa juga kena kerja keraslah tangkap dia.

Jangan dibiarkan maruah pihak berkuasa dipijak-pijak oleh Nur Sajat ini.

Bimbang nanti perbuatan Nur Sajat ini akan jadi ikutan orang lain pula.

Mungkin pihak berkuasa boleh tawar ganjaran jika ada sebarang maklumat.