Dua rakan sebak terlepas hukuman gantung

Dari kanan: Zahairuddin, Naran dan Rizam keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas tertuduh dilepaskan, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Isnin.
Dari kanan: Zahairuddin, Naran dan Rizam keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas tertuduh dilepaskan, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua rakan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pihak pendakwa raya gagal membuktikan mereka terlibat menyebabkan kematian seorang lelaki di Alor Setar dalam kejadian empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zahairuddin Zakaria, 40, dan Rizam Mohammad, 39, kelihatan tenang pada awal, namun kemudiannya sebak selepas mendengar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Ghazali Cha pada Isnin.

Ghazali dalam keputusannya berkata, seramai 12 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kematian Thomas Ooi Choon Chai, 37, di Taman Perumahan Awam Mergong di sini pada 27 Oktober 2017.

Bagaimanapun, keterangan yang diberikan oleh saksi gagal membantu pihak pendakwaan untuk mengaitkan tertuduh dengan kematian mangsa.

Disebabkan itu, kedua-dua tertuduh dilepaskan, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh, antara jam lebih kurang 8.30 pagi hingga 11. 53 pagi pada 27 Oktober 2017 mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Choon Chai di Taman Perumahan Awam Mergong di sini.

Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Zahairuddin dan Rizam diwakili peguam Datuk Naran Singh, manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan: