X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri, timbalan menteri UMNO perlu tarik diri hari ini

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri) ketika acara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini.
 -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk diberikan jawatan dalam GLC diminta menarik diri mulai hari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia susulan cadangan daripada bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan.

"Cadangan daripada bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan menegaskan sekali lagi apa yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT)

"MKT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Ia juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai slogan 'No Anwar' tetapi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa berlaku pertemuan.

"Jika ada perjumpaan sekali pun (sebelum ini) tetapi sekarang 'No Anwar'. Jika dengan Presiden PKR tidak, maka dengan parti itu pun tidak," katanya.

Ditanya lagi berkaitan BN akan bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Tengku Razaleigh menegaskan bahawa sejak dari dahulu lagi parti itu bertanding secara solo.

"Kalau tak yakin macam mana kita nak bertanding? Memanglah. Sebelum ini pun kita bertanding solo.

"Penerimaan rakyat bagus, tinggal lagi kita belum berkempen sampai ke bawah. Kita akan perhebatkan lagi," katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!