Mayat terapung dalam Sungai Pumpong

Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan dalam Sungai Pumpong di Alor Setar pada Sabtu. - Foto: Ihsan JBPM Kedah
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan dalam Sungai Pumpong di Alor Setar pada Sabtu. - Foto: Ihsan JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menjalankan operasi mengambil dan mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung dalam Sungai Pumpong, berhampiran medan selera Pumpong di sini pada Sabtu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan khidmat khas mengangkat mayat pada jam 1.27 petang.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iskandar Ishak tiba bersama jentera di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"PGO Kedah menerima panggilan kecemasan daripada sistem MERS 999 bantuan pihak polis bagi mengangkat mayat.

"Setibanya pasukan di tempat kejadian didapati laporan yang diterima adalah benar menyatakan bahawa satu jasad manusia berada di dalam sungai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, anggota BBP Alor Setar membawa naik mayat tersebut dengan menggunakan bot orang awam pada jam 1.53 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: