Manchester United pertimbang kontrak lanjutan Lingard

Lingard - Foto Daily Star
Lingard - Foto Daily Star
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun kepada pemain yang dipinjamkan kepada West Ham United musim ini, Jesse Lingard.

Lingard yang masih memiliki baki kontrak selama 12 bulan bersama The Red Devils, ditawarkan lanjutan kontrak berkenaan berikutan aksi cemerlang ketika beraksi sebagai pemain pinjaman bersama The Hammers.

Sejak dipinjamkan pada Januari, Lingard telah mempamerkan aksi cemerlang bersama West Ham apabila meledak lima gol dalam tujuh penampilan setakat ini.

Dalam masa sama, West Ham turut merancang untuk menjadikan Lingard sebagai pemain tetap kelab berkenaan berdasarkan kepada aksi cemerlangnya itu.

Artikel Berkaitan: