Harimau kumbang 52kg masuk perangkap

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

REMBAU - Seekor harimau kumbang jantan seberat 52 kilogram (kg) ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan selepas memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Solok Baing, Kendong, dekat sini pada Rabu lepas.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap tersebut dipasang sejak 15 Januari lepas, susulan aduan daripada penduduk kampung mengenai harimau kumbang jantan itu yang sering berkeliaran di sekitar kampung tersebut sejak 14 Januari.

"Harimau kumbang berkenaan memasuki perangkap pada 9.30 pagi. Sebaik menerima maklumat itu, 10 anggota Perhilitan Negeri Sembilan dihantar ke kampung berkenaan untuk memeriksa perangkap tersebut.

"Kami dapati harimau kumbang itu berada dalam keadaan sihat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Wan Mat berkata, pada tahun ini, pihaknya hanya dapat menyelamatkan dua ekor harimau kumbang daripada diancam kepupusan.

Harimau kumbang ini akan diberi rawatan oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu dan dilepaskan di kawasan perlindungan di negeri ini yang berada di bawah jagaan Perhilitan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: