Cacing pita 18 meter dijumpai dalam usus warga emas

Cacing pita sepanjang 18 meter dijumpai dalam usus lelaki berusia 67 tahun di Thailand. - Foto Daily Mail
Cacing pita sepanjang 18 meter dijumpai dalam usus lelaki berusia 67 tahun di Thailand. - Foto Daily Mail
A
A
A

ISAAN - Seorang lelaki di Thailand mengalami kejutan seumur hidup apabila diberitahu oleh pihak hospital bahawa di dalam ususnya terdapat seekor cacing pita sepanjang kira-kira 18 meter.

Menerusi Daily Mail, pesakit berusia 67 tahun itu mengalami sakit perut bergegas ke hospital di Wilayah Nong Khai, di sini.

Menurut doktor Schawanya Rattanapitoon, cacing pita atau nama saintifiknya Taenia saginata iaitu 18 meter adalah terpanjang pernah dilihat dalam tempoh 50 tahun di Thailand.

"Jangkitan ini dipercayai dari daging lembu mentah yang mengandungi telur cacing pita. Parasit ini boleh hidup dalam usus manusia selama lebih dari 30 tahun.

No Image Caption

"Semasa jangkitan usus berlaku, kepala cacing pita tersebut akan melekat pada dinding usus dan proglottid itu menghasilkan telur. Hasil ujian makmal mendapati, sebanyak 28 telur ditemui pada usus terbabit

"Namun jika pesakit makan ubat, ia boleh mematikan parasit berkenaan," katanya.

Jelasnya, pihak hospital turut meminta ahli keluarga pesakit untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui sama ada mereka alami perkara yang sama atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

"Kami menegaskan kepada mereka yang gemar memakan daging mentah agar lebih berwaspada kerana itu salah satu penyebab utama cacing pita boleh berada di dalam badan," katanya cacing pita itu berjaya dikeluarkan melalui rektum pada 20 Mac lalu.