Pembinaan tembok AS-MEXICO: Trump guna perintah darurat

Trump akan mengisytiharkan perintah darurat bagi membiayai pembinaan tembok sempadan AS-Mexico. - Foto AFP
Trump akan mengisytiharkan perintah darurat bagi membiayai pembinaan tembok sempadan AS-Mexico. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilapor akan mengisytiharkan perintah darurat bagi merealisasikan hasrat membina tembok sempadan AS-Mexico.

Trump akan menandatangani satu rang undang-undang keselamatan sempadan bagi mengelak penutupan kerajaan selain berusaha melangkau Kongres dan menggunakan dana tentera untuk tembok sempadan terbabit.

"Presiden Trump akan menunaikan janji membina tembok, melindungi sempadan dan juga negara," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Sarah Sanders.

Beliau menambah, Presiden Trump turut akan mengambil langkah eksekutif termasuk mengisytiharkan darurat demi menghentikan krisis kemanusiaan dan keselamatan negara di sempadan.

Demokrat melabel tindakan Trump sebagai penyalahgunaan kuasa dan bersedia menentang sekiranya pengisytiharan darurat dibuat presiden berkenaan.

Dalam pada itu, Demokrat turut menyelar tindakan terdesak Trump yang bertujuan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar bahawa beliau gagal melaksanakan pelan asal di mana Mexico dikehendaki membiayai pembinaan tembok sempadan.

Pembinaan tembok AS-MEXICO merupakan antara janji utama Trump ketika kempen Pilihan Raya Presiden 2016, namun setakat ini beliau gagal mendapatkan dana yang diperlukan.

Artikel Berkaitan: