Beroperasi lebih masa, peniaga kedai makan dikompaun RM50,000

Mohd Razli Mohd Yusof
Mohd Razli Mohd Yusof
A
A
A

PEKAN - Seorang peniaga kedai makan di Tanah Putih di sini dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tindakan ke atas peniaga berusia 54 tahun itu dibuat dalam Ops Covid-19 kira-kira jam 12.15 tengah malam, Ahad lalu.

Menurutnya, dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Pasukan Pemantau Bravo Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bersama anggota Majlis Daerah Pekan (MDP) telah membuat pemantauan di kedai makan berkenaan.

"Semasa pemantauan dibuat, premis tersebut didapati gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia apabila beroperasi lebih masa yang dibenarkan," katanya.

Mohd Razli berkata, peniaga terbabit di kompaun di bawah Peraturan 18 (2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020 (No.3) 2021 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 18(2) PPDPPB (No.3) 2021.

Artikel Berkaitan: