Bekas penyelia pembekal kandungan syarikat telekomunikasi dipenjara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas penyelia pembekal kandungan di sebuah syarikat telekomunikasi dihukum penjara 10 hari dan didenda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin berhubung pertuduhan gagal melaporkan empat kesalahan sogokan berjumlah RM6,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh, Feeras Roslan, 35, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Hakim Azura menjatuhkan hukuman penjara 10 hari bagi setiap pertuduhan bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan secara serentak dan ini bermakna tertuduh cuma dipenjara selama 10 hari bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh diberikan suapan berjumlah RM3,000 daripada seorang individu melalui pindahan wang secara atas talian daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik sebuah syarikat ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh, kerana memberikan maklumat aduan pelanggan terhadap tiga syarikat lain yang mana syarikat itu merupakan pembekal kandungan kepada sebuah syarikat telco tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di CIMB Bank Cawangan Gleneagles Ampang, antara 7 Mac hingga 4 Disember 2018.

Sementara pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah diberikan suapan RM3,000 daripada seorang lagi individu kerana kononnya tertuduh dapat mengurangkan bayaran penalti 'Liquidated Ascertained Damages' daripada RM50,000 kepada RM40,000 yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di kawasan parkir kereta terbuka di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, sekitar Februari 2017.

Artikel Berkaitan: