MP UMNO masuk Bersatu: Azmin puas hati penjelasan Tun M

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
A
A
A
SEMENYIH - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan beliau menerima penjelasan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kemasukan tujuh Ahli Parlimen Umno ke dalam parti itu, Selasa lepas.

Menurutnya, Dr Mahathir telah membuat penjelasan panjang lebar dan beliau menerimanya serta menegaskan akan terus bergerak ke depan selepas ini.

Tambah beliau, kemasukan Ahli Parlimen tersebut mungkin boleh menyumbang sesuatu kepada PH terutamanya dalam bertemu akar umbi UMNO agar mereka memahami keperluan untuk meninggalkan parti itu.

“Penjelasan telah dibuat dengan panjang lebar. Saya kira justifikasi itu saya boleh terima dan kita harus maju ke depan dan ini satu faktor yang boleh menyumbang (kepada PH).

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas UMNO masuk Bersatu: PH adakan mesyuarat lebih awal

“Ini kerana bekas Ahli Parlimen berkenaan akan turun ke bawah dan bertemu ahli UMNO supaya mereka memahami keperluan untuk meninggalkan UMNO.

“UMNO sebuah parti yang telah rosak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Pengumuman Calon PH PRK DUN Semenyih, di sini, petang tadi.

Tambah Mohamed Azmin, tujuh Ahli Parlimen tersebut akan memainkan peranan memberi penjelasan kepada ahli UMNO supaya mereka menyokong kepimpinan Dr Mahathir.

“Kita tiada akses kepada ahli UMNO. Sepanjang kami menyertai pilihan raya, kami tidak boleh memasuki kawasan UMNO terutamanya di luar bandar. Hanya Ahli Parlimen UMNO boleh buat demikian.

Artikel Berkaitan:

“Kemasukan mereka bukan kerana tubuh mereka sahaja tapi mereka ada peranan untuk menjelaskan kepada orang UMNO, marilah kita reformasikan sistem dan sokong kepimpinan Dr Mahathir,” ujarnya.

Selasa lepas, enam Ahli Parlimen Umno diterima menyertai Bersatu dan penyertaan mereka diumumkan sendiri Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).