UMNO-Pas Selangor terus kukuh MN

Kenyataan dimuat naik di Facebook Noh pada Isnin.
Kenyataan dimuat naik di Facebook Noh pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) Selangor akan terus memperkasa dan menjayakan Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani kedua pimpinan tertinggi Pas dan UMNO pada 14 September 2019.

No Image Caption

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua parti itu telah bergerak memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi di kesemua 22 kawasan Parlimen negeri ini.

"Kita meminta rakyat khususnya umat Melayu Islam di negeri ini untuk bersama mendukung dan menyokong proses penyatuan ummah yang diusahakan oleh MN," kata kenyataan terbabit pada Isnin.

Kenyataan itu memaklumkan, Pas dan UMNO sedar bahawa kejayaan penyatuan ummah ini nanti pasti menggugat kedudukan musuh politik kedua-dua politik itu khasnya Pakatan Harapan (PH) yang sangat berharap agar muafakat Pas dan UMNO ini dapat dipecahkan bagi menggagalkan usaha murni ini.

"MN Selangor tidak akan berputus asa memastikan penyatuan umat Melayu Islam di negeri ini dapat dijayakan dan akhirnya MN dapat merampas kembali negeri Selangor dari tangan PH yang didominasikan DAP.

"MN Selangor ingin meminta seluruh jentera Pas dan UMNO negeri agar terus bekerjasama dengan lebih mantap," katanya.

Artikel Berkaitan: