Kasma Daniel teruskan karier di gelanggang Cub Prix

Kasma Daniel (duduk di atas motosikal ) bersama pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.
Kasma Daniel (duduk di atas motosikal ) bersama pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.
A
A
A

Keputusan bekas pelumba Moto2 negara Kasma Daniel Kasyamudin untuk meneruskan karier perlumbaannya di gelanggang Cub Prix dan Asia Road Racing Championship nyata berita yang agak mengejutkan.

Bagaimanapun bagi anak muda berusia 21 tahun itu, keputusannya untuk kembali berlumba di gelanggang Cub Prix adalah semata-mata mahu merealisasikan impiannya untuk bergelar pelumba profesional suatu hari nanti.

“Saya mengambil keputusan untuk meneruskan karier perlumbaan saya dan saya tidak sabar untuk beraksi semula dalam gelanggang Cub Prix dan Asia Road Racing Championship.

“Mungkin ramai yang bakal memberikan pandangan negatif terhadap keputusan saya ini, tetapi bagi saya, keputusan ini wajar kerana ia akan membenarkan saya untuk terus menjadi seorang pelumba profesional,” ujarnya.

Kasma Daniel akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dalam kategori CP150 bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021.

Untuk rekod, Kasma pernah muncul juara bagi kategori CP115 pada tahun 2015, CP130 (2016) dan CP150 pada tahun 2017 sebelum melangkah ke arena CEV pada tahun 2018 dan seterusnya ke kategori Moto2 pada musim 2020.

Artikel Berkaitan: