X

Kindly register in order to view this article
!

Ada warga PDRM enggan disuntik vaksin

Shafien menyampaikan sijil penghargaan sempena Perhimpunan Bulanan IPK di Dewan Datuk Dr Ab Rahman, Kota Bharu pada Khamis.
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan terdapat sebilangan kecil pegawai dan anggota di negeri ini yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, perkara tersebut dikesan apabila terdapat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menandatangani surat persetujuan disuntik.

Shafien berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan individu terbabit dengan segera untuk mendapatkan penjelasan sebenar perkara itu.

"Kita tak nak ada dalam kalangan polis yang antivaksin, tak nak terima vaksin. Kalau yang tak nak terima vaksin tanpa apa-apa sebab ini memberikan gambaran buruk kepada orang ramai kerana sepatutnya kita menjadi contoh.

"Sebab itu saya ingatkan kepada semua pegawai dan anggota saya di Kelantan yang telah pun tersenarai untuk menerima vaksin maka kenalah disuntik," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau ditemui pada Perhimpunan Bulanan Bulan Mac Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di Dewan Datuk Dr Ab Rahman, di sini.

Shafien berkata, sehingga Rabu seramai 1,018 daripada 3,922 warga PDRM sudah menerima suntikan vaksin untuk fasa pertama.

Beliau memberitahu, sekiranya pegawai mahupun anggota yang dikatakan tidak mahu mendapatkan vaksin mempunyai alasan kukuh sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan maka ia akan diterima.

Dalam masa sama, beliau mahukan warga polis Kelantan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah kumpulan antivaksin kerana kerajaan telah membuat kajian terbaik sebelum ia dilaksanakan di negara ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!