X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM

Pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi yang sujud beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi yang melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan telah menyentuh perasaan guru mereka.

Menurut guru pelajar berkenaan, Hafizi Amran, pelajar di maktab tersebut amat berdisiplin dan sangat menghormati para guru.

“Paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi. Suci murni hati mereka.

“Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Pelajar sangat berdisiplin dan hormat kami.

“Senang kami untuk jaga pelajar ini semua. Walaupun kami baharu mengenali, namun rasa sayang dan terhutang budi kepada mereka. Bila pelajar jumpa kami, mereka akan hormat tidak sama dengan kebanyakan murid zaman sekarang,” katanya dia halaman Facebook miliknya pada Rabu.

Tambah Hafizi, pelajar MTD tersebut akan menundukkan kepala dan tekun dalam menjawab peperiksaan sehingga selesai.

Katanya, mereka yang keluar untuk pergi ke tandas boleh dikira bermula hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga tamat kertas.

“Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat. Cikgu Piji doakan kejayaan kamu semua putera MTD,” ujarnya.

“Ingat pesan cikgu jaga solat dan jaga agama. Insya- ALLAH kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!