Kor Ming tak pernah berubah: Zambry

Zambry ketika sidang media, hari ini.
Zambry ketika sidang media, hari ini.
A
A
A
IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap tuduhan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bahawa beliau melarikan diri sewaktu sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak sebagai tidak matang.

Menurutnya, tuduhan tersebut juga mengejutkan kerana tindakan keluar daripada prosiding tersebut bukan untuk mengelak sebaliknya mempersoal motif PAC membuat prosiding seperti mahkamah.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana mahukan keadilan mengikut tatacara PAC yang selama ini diamalkan di dalam Dun Perak sama seperti ahli-ahli lain.

"Kenyataan Nga (Kor Ming) semalam menunjukkan beliau tidak pernah berubah. Saya mengharapkan apabila menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, tentunya beliau lebih matang dan bersifat lebih santun ketika memberi ulasan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zambry takut dedah perkara sebenar]
Artikel Berkaitan:


"Walaupun sudah menjadi anggota kerajaan, malah dilantik menjawat jawatan tinggi dalam institusi Parlimen, sikap dan cara menyerang saya masih lagi terangkum dalam pemikiran pembangkang," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai menjawab kenyataan Kor Ming semalam.

Semalam, Kor Ming meluahkan kekecewaan terhadap Zambry yang keluar prosiding PAC.