Muhyiddin tunai umrah

Muhyiddin dan isteri dibenarkan memasuki Kaabah semasa mengerjakan umrah pada Sabtu. - Foto Pejabat Perdana Menteri
Muhyiddin dan isteri dibenarkan memasuki Kaabah semasa mengerjakan umrah pada Sabtu. - Foto Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

MAKKAH - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan umrah di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia) diberi peluang memasuki Kaabah.

Isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan umrah pada Ahad.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula Sabtu atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan umrah pada jam 10 malam, Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia). - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PM tiba di Jeddah mulakan lawatan rasmi

Artikel Berkaitan: