Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat MPT Bersatu

Muhyiddin ketika tiba bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Putrajaya pada Khamis. - Foto Bernama
Muhyiddin ketika tiba bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Putrajaya pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, di sini.

Mesyuarat itu antaranya akan membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan UMNO yang juga rakan kerjasamanya di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini susulan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Surat bertarikh 26 Februari berkenaan juga menyatakan kebersamaan UMNO dengan kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu

'Pendirian UMNO dibuat selepas permintaan Muhyiddin'

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan naib-naib presiden termasuk Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Dr Radzi Jidin serta Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Artikel Berkaitan:

Antara Ahli Majlis Tertinggi lain yang turut kelihatan termasuk Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin. - Bernama