Lori lebih muatan langgar perancah besi pembinaan

Kejadian runtuhan di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) melibatkan sebuah lori trailer yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) petang Rabu.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejadian runtuhan di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) melibatkan sebuah lori trailer yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) petang Rabu.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) menerusi kenyataan memaklumkan, lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya SUKE.

"Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.

"Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke masa.

Pada Rabu, lima individu terperangkap dalam runtuhan melibatkan struktur binaan jambatan yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ampang, di sini.

Artikel Berkaitan: