X

Kindly register in order to view this article
!

Arab Saudi wajibkan pengambilan vaksin kepada jemaah haji

Kementerian Haji Arab Saudi berkata, ibadat itu akan dibuka kepada pelbagai warganegara yang sudah berada di Arab Saudi tetapi ia tidak menjelaskan bilangan jemaah haji.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 kepada jemaah yang mahu menunaikan haji pada tahun ini.

Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada jemaah bagi mencegah penularan Covid-19.

Pelbagai kajian mengesahkan keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech sebelum ini.
Pelbagai kajian mengesahkan keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech sebelum ini.

"Vaksin Covid-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji," katanya.

Pada tahun 2020, Arab saudi hanya memberikan kebenaran kepada kira-kira 1,000 jemaah haji yang tinggal di negara itu untuk menunaikan haji susulan penularan Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!