X

Kindly register in order to view this article
!

Polis terima enam laporan potong babi di pasar raya

Kerja-kerja pembersihan dan samak di tempat pemotongan di sebuah pasar raya di Banting, Selangor telah dilakukan.
A
A

BANTING - [DIKEMASKINI] Polis menerima enam laporan ke atas sebuah pasar raya di sini susulan kejadian pekerja premis terbabit yang dikatakan memotong daging babi di tempat pemotongan ayam hingga mencetuskan panik terhadap pengguna beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, laporan yang dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) itu diterima sejak Selasa.

"Semua laporan berkenaan telah dirujuk kepada pejabat agama Islam dan siasatan sedang dilakukan.

"Setakat ini polis hanya memantau di premis berkenaan dalam konteks keselamatan. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pejabat agama akan melakukan siasatan di premis itu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan mengenai seorang pekerja di pasar raya terbabit memotong daging babi di tempat pemotongan daging ayam.

Isu tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen sehingga pihak pengurusan pasar raya terbabit mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Susulan isu tular itu, pihak pengurusan pasar raya memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Pihak pengurusan pasar raya terbabit memaklumkan peralatan yang digunakan telah diganti, kawasan pemotongan disamak selain pekerja berkenaan diberhentikan kerja serta-merta.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!