Tinjauan udara cuaca kering dan kebakaran
Kebakaran kebun dan ladang seluas 20 hektar di Parit Haji Zain dan Parit Haji Lajis Muar sejak 27 Februari lalu kini berjaya dipadamkan sebanyak 50 peratus meskipun cuaca panas dan kering terus melanda daerah itu.
Selain Muar, kawasan lain yang turut terlibat ialah kawasan ladang dan kebun di Pontian dan Batu Pahat.