X

Kindly register in order to view this article
!

PKNS PLUS tawar empat ganjaran hebat kepada pembeli hartanah

Kempen PKNS Plus menawarkan diskaun sehingga 20 peratus kepada pembeli selain menikmati beberapa manfaat lain.
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan program jualan hartanah terbaharunya iaitu PKNS PLUS.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Faizal Dolah berkata, dengan slogan 'Tambah Ganjaran, Tambah Senyuman', PKNS PLUS adalah baki hartanah milik PKNS yang sedia ada.

Menurutnya, PKNS PLUS menawarkan empat tawaran hebat kepada pembeli iaitu P – Potongan harga, L – Lambakan pakej menarik, U – Unit nilai tinggi dan S – Selesa dan luas.

"Kesemua bakal pembeli hartanah PKNS akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus, lambakan pakej menarik antaranya percuma yuran guaman SPA, duti setem serta pakej hiasan dalaman.

"Di samping itu, ia dijangka memberikan pulangan pelaburan yang tinggi di masa akan datang menerusi pemilikan hartanah PKNS yang selesa dan luas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen PKNS PLUS boleh mengikuti beberapa langkah.

"Urusan pelanggan akan dapat diselesaikan menerusi langkah 5T iaitu tengok rumah, telefon PKNS, tempah kediaman, terima tawaran dan tidur lena.

"Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi talian PKNS X Line 03-50220188 atau layari www.pkns-property.com dan Facebook PKNS Property," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!