Kompaun ingkar PKP naik RM10,000 mulai 11 Mac

Kompaun ingkar PKP naik RM10,000 mulai 11 Mac
Kompaun ingkar PKP naik RM10,000 mulai 11 Mac
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Pada Januari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan bahawa draf cadangan kepada pejabat peguam negara (AGC) untuk menaikkan kompaun telah dibuat.

Perkara itu dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa Covid-19 terdapat keperluan untuk meminda Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.