X

Kindly register in order to view this article
!

Posmen lastik anjing digantung tugas

Paparan Facebook Miar berhubung tindakan seorang posmen melastik mata seekor anjing di Kluang, Johor sehingga menarik perhatian warga maya.
A
A

KLUANG - Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menggantung tugas seorang kakitangannya yang bertugas sebagai posmen kerana melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di hadapan sebuah rumah di Kluang, Johor.

Aksi posmen itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial.

Menerusi kenyataan Pos Malaysia, pihaknya kesal dengan perbuatan kakitangannya itu dan telah menggantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Pada Selasa, Facebook Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video memaparkan tindakan posmen tersebut.

Difahamkan, anjing berkenaan mengalami kecederaan pada mata kirinya akibat perbuatan posmen tersebut.

Sebelum ini, warga maya mengecam tindakan posmen itu yang melakukan perbuatan mencederakan haiwan dengan melastik dari luar ketika menghantar surat di rumah tersebut.

Video berkenaan telah ditonton lebih 34,000 warga maya hingga tular sehingga kini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!