Greenland bakal eksport pasir, susulan lapisan ais cair

No Image Caption
A
A
A

OSLO - NORWAY. Greenland mula mengeksport pasir untuk industri perlombongan secara meluas susulan lapisan ais di Greenland mencair lebih pantas daripada daripada yang dijangkakan sebelum ini akibat pemanasan global.

Perlombongan pasir dan batu kelikir digunakan secara meluas dalam industri pembinaan, boleh meningkatkan ekonomi buat 56,000 penduduk Greenland yang memiliki pengaruh yang luas di Denmark namun pada masa sama masih bergantung pada subsidi dari Copenhagen.

Memetik Astro Awani, sepasukan saintis di Denmark dan Amerika Syarikat menjangkakan situasi berpunca dari perubahan iklim di kepulauan terbesar di dunia itu boleh mendatangkan kebaikan dari segi perlombongan pasir.

Peningkatan suhu global di Greenland mengakibatkan paras air laut dunia meningkat kira-kira tujuh meter jika semua ais mencair.

Namun pada masa yang sama, ia membawa lebih banyak pasir dan batu kelikir ke kawasan persisiran.

Sebagai rekod, permintaan pasir secara global adalah antara 9.55 bilion tan pada tahun 2017 dengan nilai pasaran AS$99.5 billion (RM405.5 billion) dan dijangka menghampiri nilai AS$481 billion (RM1.96 trilion) pada 2100.

David Boertmann dari Universiti Aarhus, yang tidak terlibat dalam kajian itu, berkata terdapat beberapa tapak perlombongan pasir tempatan untuk industri pembinaan domestik di Greenland.

Selain itu, terdapat juga perlombongan bahan seperti uranium hinggalah mineral bumi yang jarang ditemui, untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Namun, menurut penyelidik Universiti Colorado, Mette Bendixen, pasir sudah sering diangkut pada jarak jauh seperti ke Los Angeles dari Vancouver atau dari Australia ke Dubai.

Artikel Berkaitan:


"Pada masa ini ia adalah sumber yang murah tetapi ia akan menjadi lebih mahal," katanya.

Kajian itu turut menyatakan bahawa pasir dan batu kelikir juga boleh digunakan pada masa akan datang untuk menguatkan pantai dan pantai dengan risiko kenaikan paras laut, yang disebabkan sebahagiannya oleh cairan ais di Greenland.