Mesyuarat Raja-Raja Melayu ditangguh

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 di Istana Negara pada Februari tahun lalu. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan esok ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut seorang pegawai dari Pejabat Penyimpanan Mohor Besar Raja-raja yang enggan dikenali menyesahkan perkara tersebut namun tidak menyatakan tarikh penangguhan mesyuarat itu.

Sepatutnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-257 dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula 24 Februari hingga 25 Februari ini.

Menurut maklumat pada laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mesyuarat tersebut adalah kali pertama bagi tahun ini.

Maklumat pada laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Maklumat pada laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 berlangsung pada Selasa selepas perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri diadakan sehari sebelumnya iaitu pada Isnin.

Pada 19 Februari tahun lalu, Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang ke-256 dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.