Selamat tinggal Red Giants..

Barisan pemain yang meninggalkan Selangor musim depan. - Foto FA SELANGOR
Barisan pemain yang meninggalkan Selangor musim depan. - Foto FA SELANGOR
A
A
A
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan tujuh nama yang akan meninggalkan Gergasi Merah pada musim 2019.

Daripada tujuh nama itu, empat daripadanya merupakan nama-nama besar yang tidak lagi disambung kontrak atau memilih untuk meninggalkan pasukan musim depan.

Mereka ialah penjaga gol berpegalaman, Norazlan Razali; pemain tengah Joseph Kalang Tie dan Azamuddin Akil; selain tonggak pertahanan berpengalaman, Razman Roslan.

Selain itu, tiga nama lain yang diumumkan ialah Abdul Halim Zainal, Shahrul Igwan dan Mohd Fairuz Abdul Aziz.

"Persatuan Bola Sepak Selangor ingin mengucapkan jutaan terima kepada beberapa pemain yang bakal meninggalkan keluarga Red Giants bagi musim 2019. Segala jasa yang telah dicurahkan buat pasukan ini akan terus kekal terpahat dan terbuku dalam sejarah Selangor selamanya.
Artikel Berkaitan:


"Bagai air yang dicincang, takkan putus. Begitulah hubungan kekeluargaan antara pemain-pemain ini di Selangor FA yang akan berkekalan selamanya.

"Biarpun tidak memakai jersi yang sama, mereka tetap menjadi sebahagian dari keluarga besar Red Giants. Selangor FA mendoakan agar pemain-pemain ini memperoleh kejayaan di tempat yang baru," kata satu kenyataan FAS sebentar tadi.