Demam Si Nopal landa Malaysia

Paparan animasi Si Nopal dan pemilik suara animasi itu.
Paparan animasi Si Nopal dan pemilik suara animasi itu.
A
A
A

FENOMENA luar biasa animasi 'Si Nopal' dari negara Indonesia dilihat semakin tular di media Malaysia hingga menjadi bualan netizen.

Animasi berdurasi seminit itu menceritakan kisah sebuah keluarga terdiri daripada abah, bunda, Nopal dan 'cute girl'.

Menerusi Instagram Si Nopal, karya ini bermula dari penceritaan komik kemudian ditransformasikan kepada bentuk animasi hingga mencuit hati pelayar.

Dalam puluhan video animasi 'Si Nopal', ternyata video animasi ketika berkhemah menjadi buah mulut netizen hingga meraih 3.5 juta tontonan.

Video berdurasi seminit ketika berada di dalam hutan bersama Si Nopal dan cute girl mudah diikuti kerana menggunakan kata-kata lucu seperti bahenol dan mencuri perhatian sesiapa jua.

Bukan sahaja animasi menjadi tular, sebaliknya identiti pemilik suara latar yang menyanyikan lagu Si Nopal juga diketahui menerusi Instagram peribadinya.

Suara itu milik remaja perempuan dikenali Nadiah, 16, dari Bogor Indonesia.

Di negara ini, animasi 'Si Nopal' sangat menghiburkan sehingga dalam kalangan pelayar, artis telah memparodikan lagu tersebut.

Artikel Berkaitan:

Vanellope berkata, si Nadiah itu telah membuatkan dirinya sering menyanyikan lagu 'Si Nopal'.

"Ooo si nadiahh ni la yang buat kepala aku stuck dengan berkemah berkemah berkemah sama si nopal si nopal si nopal anaknya bahenol bahenol bahenolllll...," katanya.

Sementara itu, bagi hasil pencarian di Kamus Besar Bahasa Indonesia mendapati maksud bahenol ialah montok, mengghairahkan atau seksi.