Bapa saya stabil: Muhammad Khalil

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Anak Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan bapanya stabil dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan melalui hantaran di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

"Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah, " katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian pagi ini, beliau tidak mengulas lanjut keadaan bapanya dan meminta supaya merujuk perkembangan terkini yang dimaklumkan menerusi media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam pada Isnin kerana mengalami sesak nafas.

Menurut kenyataan itu, Pemimpin Pas berkenaan kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan jam 9.50 malam.

Difahamkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada ketika beliau dirawat di Hospital Putrajaya.

Artikel Berkaitan: