X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Polis siasat Annuar Musa didakwa tidak patuh SOP

Saiful Azly
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan susulan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, satu laporan polis berkenaan perkara itu diterima polis di Cheras.

"Kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut. Polis akan merakam keterangan beliau (Annuar) secepat mungkin," katanya pada Ahad.

Sebelum ini, tular di media sosial Annuar bersama beberapa individu lain duduk di meja sambil menikmati jamuan tanpa penjarakan fizikal.

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis Program Pertanian Bandar bertarikh 13 Februari 2020 di Desa Petaling di sini.

Di bawah peraturan PKP, hanya dua orang yang dibenarkan setiap meja di mana-mana restoran atau premis makanan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!