Penyertaan Gerakan dalam PN kukuhkan perpaduan: Pas

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

TUMPAT - Penyertaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam Perikatan Nasional (PN) mampu memperkukuhkan lagi perpaduan masyarakat di negara ini.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu dilihat melengkapkan lagi asas PN yang dapat mengukuhkan perpaduan menerusi kerjasama politik dalam menjamin kestabilan negara.

"Perikatan Nasional... bunyi pun nasional. Jadi kita mesti merangkumi pelbagai jenis bangsa dan juga parti sebab itu ia digelar sebagai perikatan.

"Bagi saya (Pas) tiada masalah untuk mewujudkan perpaduan, kita mengejar keamanan.

"Cuma kita lebih selesa untuk melihat tanggungjawab semua bangsa dalam mencari keselesaan buat rakyat," katanya pemberita pada Sabtu.

Beliau ditemui pada Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu yang turut dihadiri Panglima 8 Briged Kelapan Infan Brigedier, Jeneral Zamsari Abu Hassan.

Pada Khamis lalu, Gerakan mengumumkan secara sah menyertai PN dan keputusan itu dipersetujui oleh ahli jawatankuasa pusat Gerakan dalam mesyuarat pada Mei tahun lalu.

Artikel Berkaitan: