10 dikompaun lepak satu meja

Polis mengeluarkan kompaun terhadap 10 pelanggan sebuah kafe di Seksyen 13, Shah Alam, pada Khamis
Polis mengeluarkan kompaun terhadap 10 pelanggan sebuah kafe di Seksyen 13, Shah Alam, pada Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Sekumpulan remaja yang sedang melepak di sebuah kafe di Seksyen 13, di sini dikenakan tindakan kompaun pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tindakan remaja yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu dikesan kira-kira jam 9.25 malam hasil aduan awam.

"Siasatan mendapati seramai 10 pelanggan terbabit berada di satu meja yang sama yang mana hanya dua orang sahaja dibenarkan.

"Kesemua pelanggan berusia lingkungan 18 hingga 22 tahun itu telah dikenakan kompaun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Polis mengeluarkan kompaun terhadap 10 pelanggan sebuah kafe di Seksyen 13, Shah Alam, pada Khamis
Polis mengeluarkan kompaun terhadap 10 pelanggan sebuah kafe di Seksyen 13, Shah Alam, pada Khamis

Beliau berkata, pihaknya kemudian telah menahan pengurus kafe berkenaan seorang warga Bangladesh berusia 35 tahun kerana tiada permit kerja yang sah.

Katanya, pemilik kafe iaitu lelaki tempatan yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan telah diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

"Semakan dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga mengesahkan premis itu beroperasi tanpa lesen yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan: