Bekalan makanan stabil, mencukupi: Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan makanan berada dalam keadaan stabil dan mencukupi, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia hasil pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong.

"Semalam (Selasa), KPDNHEP telah membuat 763 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri 574 peruncit, 160 pemborong (160) dan 29 pengilang.

"Pemeriksaan mendapati bekalan makanan berada dalam keadaan stabil dan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, KPDNHEP juga telah melakukan 1,759 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ke atas premis terlibat.

"Daripada jumlah itu, 1,739 premis mematuhi SOP, empat diberi nasihat manakala 16 lagi premis dikompaun," katanya.

Artikel Berkaitan: