Pekerja am rugi RM4,700 akibat iklan palsu di FB

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Seorang pekerja am kerugian RM4,700 gara-gara iklan palsu di laman sosial Facebook berhubung penjualan motosikal yang menawarkan pembayaran secara ansuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata ia bermula apabila lelaki berumur 20 tahun itu menghubungi seorang yang menggelarkan diri sebagai “Eastzsmilar jay Junior” di Facebook, yang membuat tawaran untuk menjual motosikal Kawasaki Ninja 250cc berwarna hitam pada tahun 2017.

Beliau berkata pekerja am itu berjumpa dengan lelaki berkenaan pada bulan Julai 2017 di kawasan pasaraya Servey, Taman Tunku Miri sebelum menyerahkan wang tunai RM1,000 sebagai wang pendahuluan, dan pada hari yang sama suspek menunjukkan motosikal yang hendak dijual itu di kawasan perumahan Padang Kerbau Bridge no.1 Jalan By-pass.

Menurutnya pekerja am itu kemudian membuat bayaran RM3,700 dalam sembilan transaksi ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Ismail Jaini dengan transaksi terakhir pada 10 November lepas, dan suspek berjanji akan menyerahkan motosikal pada tarikh berkenaan.

“Suspek (bagaimanapun) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi manakala motosikal itu tiada lagi di kawasan perumahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: