Puteri UMNO Perak buat laporan polis Tommy Thomas

Puteri UMNO Perak membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas di IPD Ipoh.
Puteri UMNO Perak membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas di IPD Ipoh.
A
A
A

IPOH - Puteri UMNO Perak membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan bukunya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa telah melanggar sumpah kerahsiaan jawatan dengan mendedahkan kepada umum bagi tujuan komersial, keuntungan dan sensasi.

Ketua Penerangan Puteri UMNO Perak, Irmalini Amir Hamzah berkata, beberapa tajuk buku tersebut menunjukkan kandungannya berkaitan dengan hal kerahsiaan kerajaan dan negara.

“Maklumat tersebut berkait dengan maklumat yang diperoleh dalam bidang tugas sebagai Peguam Negara antara tahun 2018 hingga 2020 yang juga menunjukkan pendedahan maklumat sensitif masyarakat majmuk dan hasutan.

“Beliau juga menghasut dan membangkitkan kebencian antara kaum dan terhadap badan kerajaan yang kononnya didominasikan oleh bangsa Melayu yang tidak berkelayakan,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Sabtu.

Menurutnya, laporan dibuat bagi membolehkan polis melakukan siasatan dan mendakwanya dengan pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Irmalini mendakwa Tommy melakukan kesalahan di bawah Sesyen 8 dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah Seksyen 18 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

“Saya percaya dia juga telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana maklumat yang didedahkan dalam buku tersebut membabitkan pelaksanaan tugasnya sebagai Peguam Negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: