X

Kindly register in order to view this article
!

Elak jadi mangsa scammer

Penularan Covid-19 galak scammer ambil kesempatan ke atas golongan terkesan selepas permohonan pinjaman mereka ditolak. Gambar kecil: Yik Seong
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai yang terkesan dengan masalah kewangan sepanjang pandemik Covid-19 disaran lebih peka dengan platform pembiayaan kewangan alternatif yang selamat dan diiktiraf supaya tidak menjadi mangsa penipuan scammer.

Pengasas dan Pengarah Direct Lending, Hui Yik Seong berkata, penularan Covid-19 menggalakkan scammer mengambil kesempatan ke atas golongan yang terkesan selepas permohonan pinjaman mereka ditolak.

Menurut Yik Seong, majoriti mangsa yang terdesak dengan kewangan secara paksa dikehendaki membayar wang pendahuluan dalam jumlah yang besar namun akhirnya terjerat dan wang lesap begitu sahaja.

“Banyak pihak tidak mempunyai akses kepada pembiayaan kewangan formal dan diiktiraf. Mangsa sindiket penipuan pinjaman pula mudah tertipu dengan tawaran 'pakej istimewa' yang dilihat seolah-olah selamat dan dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kes mangsa penipuan telah mewujudkan stigma negatif terhadap kredibiliti institusi pinjaman kewangan alternatif.

“Bakal pemohon lazimnya akan meragui perkhidmatan pembiayaan kewangan yang tersedia dalam pasaran,” katanya.

Beliau menegaskan, masyarakat perlu menolak stigma negatif itu dan menyedari kewujudan platform pembiayaan kewangan alternatif yang selamat dan diiktiraf bagi mengelakkan diri daripada terjerat dengan ugutan dan ancaman berbahaya.

Tambah beliau, mereka yang ingin mengetahui status sesebuah syarikat pinjaman juga boleh membuat semakan menerusi aplikasi mudah alih i-KrediKom yang disediakan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mengulas lanjut, Yik Seong berkata, pihak yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu tampil lebih kritis dengan matlamat dan pengurusan kewangan yang bijak sebagai persediaan strategik menghadapi persekitaran ekonomi 2021.

Yik Seong berkata, Direct Lending merupakan sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian, ditawarkan kepada kakitangan sektor kerajaan dan swasta yang membolehkan para peminjam untuk mencari, memohon serta mendapatkan pinjaman yang paling sesuai.

“Pembiayaan kewangan di platform ini ditawarkan oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi (untuk kakitangan kerajaan) serta syarikat pemberi pinjaman berlesen.

“Pihak konsultan Direct Lending akan memahami keperluan pinjaman setiap pemohon dan membantu mereka untuk memperoleh pembiayaan kewangan yang paling tepat dan sesuai.

"Servis yang ditawarkan percuma, tiada caj perkhidmatan atau pendahuluan dikenakan untuk proses semakan kelayakan dan permohonan pinjaman,” katanya.

Beliau berkata, Direct Lending merupakan platform pinjaman peribadi dalam talian yang ditubuhkan bagi membolehkan individu menerima pembiayaan pinjaman yang selamat dan berpatutan dengan kadar serendah 2.75 peratus atau melalui tempoh pemprosesan sepantas dua hari bekerja.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!