Pekerja ladang didenda RM3,500 sebabkan kecederaan

Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.
Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.
A
A
A

JEMPOL- Seorang pekerja ladang dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Jumaat selepas mengaku salah menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki pada awal Februari lepas.

Tertuduh Mohamed Salleh Peer Mohamed, 31, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas M.M Arunkumar, 22, dengan menggunakan suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian iaitu parang pada jam 12.30 tengah malam, 1 Februari lalu di hadapan sebuah rumah di Taman Rasa Sayang.

Pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau keduanya jika sabit kesalahan

Muhammad Hidayat turut mengarahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!