Mohon pertimbangan ketua negara

Mohammed Hanif (kanan) dan Abu Zahar ketika hadir di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Mohammed Hanif (kanan) dan Abu Zahar ketika hadir di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM- Majlis Perundingan Melayu (MPM) memohon agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerajaan agar mempertimbangkan syor yang terkandung dalam memorandum yang dihantar baru-baru ini.

Menurut Penasihat Khas (MPM), Tun Mohammed Hanif Omar, syor-syor yang telah dicadangkan oleh pakar-pakar dan ilmuwan dalam pelbagai bidang yang disifatkan sebagai sangat relevan dengan tuntutan semasa.

“Kami menyokong penuh perisytiharan darurat diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan mahu supaya dalam tempoh ini kedudukan negara akan diperkukuhkan dengan syor-syor yang telah dicadangkan oleh MPM.

“Ia kerana pelaksanaan darurat wajar diperkukuhkan dan dilanjutkan dengan bersandarkan kepada asas utama yang konsisten dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Ini meliputi ketenteraman awam dan keselamatan yang kini dilihat tergugat dan ekonomi menjadi semakin parah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohammed Hanif
Mohammed Hanif

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Januari lalu yang menghuraikan secara terperinci 53 perkara dalam 11 bidang merangkumi tiga asas utama bagi menjustifikasi perisytiharan darurat itu.

Artikel Berkaitan:

MPM telah membentuk satu Pasukan Petugas Khas Penyediaan Memorandum yang terdiri daripada Mohammed Hanif; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang sebagai penasihat jawatankuasa tersebut.

Turut sama dalam jawatankuasa tersebut ialah Timbalan Pengerusi MPM, Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Setiausaha MPM, Profesor Datuk Dr Hasan Mad serta Ketua Sekretariat, Datuk Faridah A Jabbar.

Mohammed Hanif yang merupakan bekas Ketua Polis Negara berkata, salah satu cadangan yang diutarakan oleh MPM telah diterima oleh kerajaan yang melibatkan aspek kesihatan.

“Ia melibatkan peraturan yang menggalakkan perkongsian awam-swasta apabila berdepan sesuatu wabak penyakit dan ianya wajib dikuatkuasakan,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama dengan kepimpinan tertinggi MPM mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman.