Remaja sedar daripada koma tidak tahu Covid-19

Keadaan Joseph sebelum terbabit dalam kemalangan.- Foto The Sun
Keadaan Joseph sebelum terbabit dalam kemalangan.- Foto The Sun
A
A
A

BURTON - Seorang remaja yang sedar selepas koma selama 11 bulan akibat kemalangan jalan raya tidak mengetahui tentang kewujudan pandemik Covid-19.

Menurut laporan The Sun, Joseph Flavill, 19, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan otak selepas dilanggar sebuah kereta ketika berjalan di Burton, Staffordshire, England pada 1 Mac tahun lalu.

Pelajar A-Level, dari Tutbury itu mengalami koma tiga minggu sebelum United Kingdom melaksanakan perintah berkurung pertama kali pada 23 Mac tahun lalu.

Joseph pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali di hospital tetapi kembali pulih namun dia tidak mengetahui bahawa wabak Covid-19 yang menyerangnya telah mengorbankan jutaan nyawa di seluruh dunia.

Kini, Joseph boleh memberi tindak balas semasa berkomunikasi dengan orang yang disayangi menerusi aplikasi Facetime.

Keadaan Joseph selepas sedar daripada koma selama 11 bulan. - Foto The Sun
Keadaan Joseph selepas sedar daripada koma selama 11 bulan. - Foto The Sun

Ibunya sahaja dibenarkan menziarah Joseph di hospital semasa pandemik Covid-19.

Kata ibu saudaranya, Sally Flavill-Smith, kesihatan Joseph semakin memberangsangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini kerana dia mampu berkedip, senyum dan mengangkat kaki seperti diarahkan doktor.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun kami tidak tahu sama ada dia mengetahui kewujudan wabak ini kerana sepanjang pandemik Covid-19, dia berada dalam koma.

"Kami juga belum beritahu mengenai virus ini kerana kesihatannya masih dalam pemantauan," katanya.

Joe sebelum ini berada di Hospital Umum Leicester, telah dipindahkan ke Adderley Green Care Home bagi menjalani proses pemulihan neurologi, fizikal dan kognitif selama empat bulan.

Ibunya dibenarkan meluangkan masa bersamanya pada ulang tahun ke-19 dan mengamalkan penjarakan sosial.