Litrak lancar kaji selidik kepuasan pengguna lebuh raya

Litrak melancarkan Kaji Selidik Kepuasan Pengguna Lebuhraya LDP dan Sprint secara dalam talian menerusi platform media sosial.
Litrak melancarkan Kaji Selidik Kepuasan Pengguna Lebuhraya LDP dan Sprint secara dalam talian menerusi platform media sosial.
A
A
A

SUBANG JAYA - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) melancarkan Kaji Selidik Kepuasan Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) secara dalam talian menerusi platform media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, kaji selidik itu merupakan usaha pihaknya untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis kepuasan pengguna lebuh raya terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Menurutnya, pengumpulan maklumat itu penting bagi menerima dan menilai sebarang aduan, cadangan dan maklum balas daripada pengguna.

“Kajian dijalankan secara dalam talian ini akan tamat pada 31 Mac depan. Ia merangkumi penilaian terhadap tiga komponen utama iaitu Pengurusan Pasukan Ronda (polis bantuan), Pengurusan Plaza Tol dan Pengurusan Lebuhraya untuk kedua-dua lebuh raya.

“Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan menentukan hubung kait pengalaman pengguna lebuh raya dengan petunjuk prestasi utama (KPI) syarikat.

“Elemen ini sangat penting dan signifikan dalam usaha syarikat mendepani harapan pengguna lebuh raya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, pengguna yang telah melengkapkan kaji selidik berpeluang menerima kad digital Grab Food bernilai RM10 terhad kepada jumlah kad yang diperuntukkan.

“Orang ramai yang ingin menyertai kaji selidik itu boleh layari www.litrak.com.my atau https://www.surveymonkey.com/r/QNKPZJ9 mulai hari ini hingga 31 Mac 2021,” katanya.

Artikel Berkaitan: